top of page
ddcc3bea63940ea9d5271e65dd301782.jpg

MALAYSIAN

JUNIOR CHAMPIONSHIP

PUBG MOBILE 2020

PENYERTAAN DIBUKA

MALAYSIAN JUNIOR CHAMPIONSHIP PUBG MOBILE 2020

TERMA & SYARAT

PENGENALAN

i. JUDUL PERMAINAN  E-SUKAN. : PUBG Mobile

ii. AHLI JAWATANKUASA PERATURAN : Kiara E-Sports Malaysia

iii. KEGUNAAN  : Malaysian Junior Championship 2020

iv. KEMASKINI

KIARA E-SPORTS MALAYSIA mempunyai hak untuk mengubah suai syarat dan peraturan sedia ada dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan. Adalah disarankan untuk peserta mengkaji dan memahami Syarat dan Peraturan dari masa ke semasa untuk dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan.

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2020

1.0 KELAYAKAN PEMAIN

1.1. Kelayakan Peserta

  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai 1 PASUKAN & 1 KATEGORI SOLO SAHAJA.

  • Peserta/pasukan DILARANG SAMA SEKALI MENDAFTAR LEBIH DARIPADA SATU (1) PASUKAN.

  • Peserta diwajibkan untuk menyediakan dokumen pengenalan diri yang sah dalam format digital semasa pendaftaran dalam talian dan format fizikal semasa pendaftaran masuk pada hari pertandingan.

  • Peserta diwajibkan untuk menyediakan apa-apa dokumen pengesahan tambahan sekiranya diminta oleh pihak penganjur untuk tujuan pengesahan.

  • PEMAIN yang berumur dibawah 18 tahun DIWAJIBKAN memberi surat kebenaran waris bagi menyertai pertandingan ini.

  • Setiap sekolah hanya boleh mendaftar maksimum 5 team & 10 solo sahaja.

  • Semua pemain mestilah pelajar sekolah di Malaysia.

1.2. PemainYang Dihalang Bertanding

  • Pemain/pasukan yang mendaftar melebihi daripada satu pasukan akan DISINGKIRKAN / DISQUALIFIED dari perlawanan.

  • Pemain yang gagal menunjukkan dokumen pengesahan.

1.3. Kelayakan Pemain (4 + 1 Ahli Pasukan Adalah Wajib Mengikuti Aspek Kelayakan Tersebut)

  • Setiap pasukan perlu mendaftar minimum 4 pemain dan satu pemain simpanan (pilihan)

  • Setiap pemain tidak boleh mendaftar lebih daripada  satu solo dan satu team.

1.4. Pengganti Ahli Yang Layak

  •  Tertakluk kepada JAWATANKUASA

1.5. Jumlah Pemain Setiap Ahli Pasukan

  • 4 + 1 (pilihan)

2.0 UMUM

2.1 Pentadbiran & Pengumuman

 

  • Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATAN KUASA untuk mengawal selia pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “admin” atau“pengadil” dalam perkara berikut.

  • Semua perlawanan akan diadakan dalam ATAS TALIAN ( ONLINE MODE )

 

2.2. Komitmen

  • Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta Keputusan yang dibuat oleh pengadil.

  • Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan peraturan bagi tujuan  pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.

  • Setiap pemain/pasukan haruslah bersedia dengan data internet masing-masing.

 

2.3. Peralatan ketika pertandingan

  • Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding dalam keseluruhan TOURNAMENT di bawah selia Kiara E-Sports Team.  Peranti-peranti lain seperti tablet  tidak dibenarkan. Aksesori tambahan selain kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah dibenarkan sepanjang tournament ini berlangsung.

3.0 PASUKAN DAN PEMAIN

3.1. Ahli Pasukan

 

  • Setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain bagi SATU PASUKAN SAHAJA. Bagi mereka yang bermain lebih dari satu pasukan, kedua-dua pasukan akan disingkirkan serta-merta dan pemain itu akan DIHALANG  dari bertanding di dalam kejohanan.

3.2. Penggunaan Ahli Tambahan

 

  • Pasukan dibenarkan untuk mengguna atau menukar ahli tambahan untuk perlawanan lain mengikut senarai Ahli pasukan yang sudahpun didaftarkan. Jika gagal berbuat demikian, pasukan itu akan hilang kelayakan.

3.3. Nama dan Logo Pasukan

  • Nama pemain perlulah disertakan bersama tag nama pasukan dalam bentuk format ‘NAMA PASUKAN NAMA PEMAIN’. Sebagai     contoh nama pemain tersebut ‘Killer98’dan nama pasukan ‘All-Star’ maka perlulah meletak nama sebagai ASKiller98.

  • Tag nama pasukan akan ditentukan oleh penganjur bagi mengelakkan sebarang isu berlakunya tag nama pasukan yang tidak memenuhi kriteria Tournament . Tag nama pasukan tidak seharusnya meletakkan semua nama pasukan sekali di belakang nama pemain.

  • Nama pasukan atau logo tidak boleh mempunyai sebarang perkataan atau frasa dalam mana-mana bahasa yang menyinggung, toksik atau menyakitkan hati .Nama pasukan atau logo tidak boleh memasukkan semua atau sebahagian daripada nama korporat atau menggunakan tanda dagangan atau harta intelek lain atau mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan bertulis awal Penganjur Tournament . Untuk mendapatkan kelulusan sedemikian, pasukan tersebut dikehendaki untuk menyediakan perjanjian lesen, perjanjian penajaan atau bukti dokumentasi lain kepada Penganjur Tournamrnt yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa Pasukan tersebut adalah berlesen.

  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menolak mana-mana nama Pasukan atau logo dan meminta Pasukan untuk memilih nama ganti atau logo yang mematuhi Peraturan Pertandingan ini.

4.0 YURAN

4.1 Bayaran Yuran

  • Pembayaran yuran perlulah dijelaskan selepas selesai pengisian borang pendaftaran online.

  • Amaun bayaran adalah mengikut ketetapan penganjur serta jenis tournament.

4.2 Cara Bayaran

  • Bayaran yuran penyertaan mestilah dilakukan secara bank transfer, bank in atau online transfer ke akaun yang ditetapkan mengikut tournament.

4.3 Bukti pembayaran

  • Resit bayaran perlulah dihantar kepada talian whatsapp yang ditetapkan mengikut tournament. Sila rujuk panduan pembayaran yang ditetapkan.

4.4 Refund

  • Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan selepas proses pengesahan selesai dibuat & nama peserta telah tertera di laman web rasmi kejohanan. Pembayaran balik yuran pendaftaran hanya boleh dipohon sekiranya pembatalan dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pembayaran sahaja atas sebab yang munasabah & dipersetujui oleh pihak penganjur.

5.0 JADUAL

5.1 Waktu Perlawanan

  • Jadual rasmi untuk perlawanan akan diumumkan di Website Kiara E-Sports .

 

5.2 Penjadualan Semula

  • Penukaran waktu perlawanan hanya mampu mengikut situasi yang tidak boleh dielakkan dan perlu disahkan oleh pihak Penganjur.

 

5.3 Sebelum Mula Perlawanan

 

  • Selepas mendaftar, tunggu marshall untuk umumkan perlawanan dan waktu perlawanan tersebut.

5.4 Ketika Perlawanan

 

  • Semua perlawanan akan dimainkan dalam lobi permainan yang dihoskan oleh Penganjur Tournament . Sebelum perlawanan, Kapten Pasukan akan dimaklumkan mengenai akaun Tournament rasmi yang akan digunakan untuk menjadi tuan rumah lobi Perlawanan rasmi.

  • Nama lobi dan password akan diberitahu sejurus ‘room’ telah dibuat.

  • Semua peserta hanya diberi masa 10 minit mengakses ke lobi perlawanan tersebut. Sebarang kelewatan yang disebabkan oleh isu-isu yang timbul daripada kecuaian Ahli pasukan akan dinilai oleh Pihak penganjur. Penalti untuk kelambatan akan dinilai berdasarkan budi bicara Penganjur Kejohanan.  

5.5 Akhir Perlawanan

 

  • Keputusan markah akan diberitahu selepas perlawanan selesai apabila  Selesai proses pengiraan dan pengesahan dari pihak‘Marshall’. Segala markah akan dipaparkan secara rasmi di Laman Web Rasmi Kejohanan.

6.0 SISTEM PEMARKAHAN

6.1 Kill Points & Place Points

  • Sistem pemarkahan adalah berdasarkan jumlah kill [kill points] dan kedudukan [place points] di dalam setiap perlawanan yang ditetapkan seperti dibawah : 

pmpl.jpg

6.2 Tie Breaker

  • Sekiranya jumlah point terkumpul ialah sama antara 2 pasukan, maka pihak penganjur akan menentukan melalui Jumlah kill yang terkumpul semua perlawanan. Jumlah kill dalam perlawanan terakhir. Kedudukan pasukan dalam perlawanan terakhir.

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Format Umum

  • Peta: Erangel, Sanhok, Vikendi, Miramar

  • Mode perlawanan: TPP [Third Person Perspective]

  • Saiz Pasukan: 4 pemain

  • Saiz Roster: 5 pemain(1 pemain simpanan)

  • Bilangan pasukan di dalam setiap kumpulan yang akan bertanding adalah bergantung kepada bilangan pasukan terkumpul  yang telah berdaftar mengikut ketetapan penganjur.

 

 

7.2 Re-Match

 

Rematch perlawanan hanya dibenarkan atas sebab-sebab tertentu:

  • Kerosakan Teknikal Pemain tidak dapat bergerak 90 saat pertama ketika masuk ke perlawanan (mempunyai video klip sebagai bukti)

  • Bencana Alam yang menjejaskan perlawanan.

7.3 Penyelesaian untuk Kes Extreme

  • Sekiranya berlaku keadaan yang tidak boleh dikawal(melampau), seperti kegagalan rangkaian atau peralatan (termasuk status rangkaian yang menjadikan telefonpintar‘lag’)atau‘Critical bug’ yang mempengaruhi satu atau lebih pemain. Penganjur Tournament akan membuat penghakiman  tentang cara untuk meneruskan perlawanan berdasarkan fakta dan keadaan yang ada pada masa itu.

  • Sekiranya ada keadaan di mana perlawanan tetap diteruskan, walaupun satu atau lebih pemain menghadapi keadaan melampau atau kritikal bug yang   Mungkin mewajarkan ‘remake’ sebuah pertandingan  dan bahkan jika pemainyang terlibat tidak bersalah, Keputusan untuk  meneruskan perlawanan atau‘remake  perlawanan akan di buat berdasarkan beberapa faktor seperti, progress     perlawanan dan samaada  pemain membuat laporan dalam masa  yang ditetapkan.

  • Pemain yang mengemukakan laporan palsu atau mengelirukan akan disingkirkan.

7.4 Pecahan Format Pertandingan

 

  • Untuk pusingan Kelayakkan ,setiap skuad dan individu akan bermain map yang berbeza.

  • Setiap skuad yang mendapat TOP 3 dalam kumpulan masing-masing  Akan layak ke peringkat  GRAND FINAL.

  • Setiap peserta solo yang mendapat TOP 30  akan layak ke peringkat GRAND FINAL

  • MAP yang dimainkan di :-

  • Pada pusingan Kelayakkan

 

  1. Erangel

  2. Sanhok

  3. Miramar

 

  • Pusingan Grand Final

  1. Erangel

  2. Mirammar

  3. Sanhok

  4. Vikendi

 

 

8.0 HADIAH PERTANDINGAN

8.1 Pemberian Hadiah

 

  • Kesemua hadiah wang akan dibayar dalam masa 60 hari selepas Perlawanan akhir selesai.

  • Jika terdapat informasi yang tidak mencukupi bagi Pasukan atau pemain dan sekiranya tiada usaha untuk memperbetulkan, Hadiah wang tersebut tidak akan dikeluarkan selagi tidak di perbetulkan.

 

8.2 Pembahagian Hadiah SOLO & SQUAD

 

  • SQUAD

  1. Juara – RM 2,000        •

  2. Tempat Kedua – RM 1,000  

  3. Tempat Ketiga – RM 600

  4. Tempat Keempat - RM 300

  5. Tempat Kelima - RM 100    

  • SOLO

  1. Juara – RM 500        •

  2. Tempat Kedua – RM 300  

  3. Tempat Ketiga – RM 200

  4. Tempat Keempat - RM 100

  5. Tempat Kelima - RM 50 

Sijil penghargaan & pencapaian E-Sukan Peringkat Kebangsaan kepada semua peserta.

8.3. Penarikan hadiah

  • Jika hadiah wang untuk pertandingan masih lagi tidak dibayar, Pihak penganjur berhak untuk membatalkan wang hadiah tersebut jika mana-mana Pasukan telah melanggar peraturan yang telah dinyatakan di dalam buku peraturan ini.

 

 

9.0 NOTIS PENTING

  1. Setiap pemain perlu bersedia dengan data internet masing-masing.Sambungan internet tidak akan disediakan oleh pihak penganjur atas sebab kejohanan ini akan berlangsung secara ATAS TALIAN di setiap perlawanan.

  2. Setiap pemain perlu mengaku kalah ketika ‘lag’. Setiap pemain disarankan untuk memeriksa sambungan internet dan data sebelum perlawanan dimulakan.

  3. Pasukan yang tidak hadir atau ketua pasukan yang gagal untuk melapor diri kepada penganjur atau marshall dalam waktu yang dinyatakan akan hilang kelayakan secara automatic termasuklah kelewatan hadir bagi waktu dan jadual perlawanan.

  4. Profaniti, penderaan lisan dan sebarang bentuk gangguan yang disengajakan adalah dilarang sama sekali dan akan menyebabkan hilangnya kelayakan jika ditangkap.

  5. Penggunaan peranti selain telefon pintar, aplikasi ‘third party’ adalah dilarang sama sekali. Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan tersebut akan Disingkirkan serta merta Tournament dan dilarang menyertai mana-mana Tournament di bawah seliaan Kiara E-Sports Malaysia.

  6. Semua peserta diwajibkan like & share Instagram & Facebook Kiara E-sports sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur.

  7. Peringatan pertandingan akan diumumkan 3 hari sebelum tarikh pertandingan. 

  8. Penggunaan butang tembak & pemegang dibenarkan semasa pertandingan.

  9. Pihak penganjur berhak meminda semua yang berkaitan pertandingan.

  10. ​Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

  11. ​Jadual perlawanan akan sentiasa dikemaskini dan dipaparkan di laman web ini.

  12. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada ketua skuad / peserta solo di dalam Whatsapp group yang diwujudkan beberapa hari sebelum pertandingan bermula

  13. Pemain mestilah menggunakan IGN / Nama pemain yang didaftarkan sahaja. Pemain boleh di lucutkan penyertaan atau kemenangan sekiranya menggunakan ign / nama orang lain. Tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur.

  14. Pendaftaran selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.

 

WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page