top of page

DARK RAIDER LOGO.jpg

MLBB

CHARITY SHIELD

MALAYSIAN OPEN 2021

PENDAFTARAN KINI DIBUKA
1.jpg

MLBB CHARITY SHIELD MALAYSIAN OPEN 2021

TERMA & SYARAT

PENGENALAN

MLBB CHARITY SHIELD RULES & REGULATIONS

i. JUDUL PERMAINAN  E-SUKAN. : Mobile Legends Bang Bang

ii. AHLI JAWATANKUASA PERATURAN : Kiara E-Sports Malaysia

iii. KEGUNAAN  : MLBB Charity Shield Malaysian Open 2020

iv. KEMASKINI

KIARA E-SPORTS MALAYSIA mempunyai hak untuk mengubah suai syarat dan peraturan sedia ada dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan. Adalah disarankan untuk peserta mengkaji dan memahami Syarat dan Peraturan dari masa ke semasa untuk dimaklumkan jika terdapat sebarang perubahan.

Tarikh Kemaskini : 20 March 2021

1.0 KELAYAKAN PEMAIN

1.1. Kelayakan Peserta

  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai 1 PASUKAN SAHAJA

  • Peserta/pasukan DILARANG SAMA SEKALI MENDAFTAR LEBIH DARIPADA SATU (1) PASUKAN.

  • Peserta diwajibkan untuk menyediakan dokumen pengenalan diri yang sah dalam format digital semasa pendaftaran dalam talian dan format fizikal semasa pendaftaran masuk pada hari pertandingan (sekiranya perlu).

  • Peserta diwajibkan untuk menyediakan apa-apa dokumen pengesahan tambahan sekiranya diminta oleh pihak penganjur untuk tujuan pengesahan.

  • PEMAIN yang berumur dibawah 18 tahun DIWAJIBKAN memberi surat kebenaran waris bagi menyertai pertandingan ini.

  • Semua pemain mestilah menetap di Malaysia.

1.2. PemainYang Dihalang Bertanding

  • Pemain/pasukan yang mendaftar melebihi daripada satu pasukan akan DISINGKIRKAN / DISQUALIFIED dari perlawanan.

  • Pemain yang gagal menunjukkan dokumen pengesahan sekiranya diminta oleh pihak penganjur.

1.3. Kelayakan Pemain (5 + 1 Ahli Pasukan Adalah Wajib Mengikuti Aspek Kelayakan Tersebut)

  • Setiap pasukan perlu mendaftar minimum 5 pemain dan satu pemain simpanan (pilihan)

  • Setiap pemain tidak boleh mendaftar lebih daripada  satu team.

1.4. Pengganti Ahli Yang Layak

  •  Tertakluk kepada JAWATANKUASA

1.5. Jumlah Pemain Setiap Ahli Pasukan

  • 5 + 1 (pilihan)

2.0 UMUM

2.1 Pentadbiran & Pengumuman

 

  • Sesiapa sahaja yang diberi kuasa oleh JAWATAN KUASA untuk mengawal selia pertandingan mengikut syarat dan peraturan akan dipanggil “admin” atau“pengadil” dalam perkara berikut.

  • Semua perlawanan akan diadakan dalam ATAS TALIAN ( ONLINE MODE )

 

2.2. Komitmen

  • Dengan menghadiri pertandingan ini peserta mengakui untuk mematuhi syarat dan peraturan, pengumuman rasmi dan kenyataan serta Keputusan yang dibuat oleh pengadil.

  • Setiap peserta mengakui hak bagi pihak pentadbiran untuk menukar syarat dan peraturan bagi tujuan  pelarasan pada bila-bila masa tanpa notis.

  • Setiap pemain/pasukan haruslah bersedia dengan data internet masing-masing.

 

2.3. Peralatan ketika pertandingan

  • Pemain hanya dibenarkan menggunakan telefon pintar sahaja untuk bertanding dalam keseluruhan TOURNAMENT di bawah selia Kiara E-Sports Team.  Peranti-peranti lain seperti tablet  tidak dibenarkan. Aksesori tambahan selain kabel USB, powerbank dan headphone/headset/earphone adalah dibenarkan sepanjang tournament ini berlangsung.

3.0 PASUKAN DAN PEMAIN

3.1. Ahli Pasukan

 

  • Setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain bagi SATU PASUKAN SAHAJA. Bagi mereka yang bermain lebih dari satu pasukan, kedua-dua pasukan akan disingkirkan serta-merta dan pemain itu akan DIHALANG  dari bertanding di dalam kejohanan.

3.2. Penggunaan Ahli Tambahan

 

  • Pasukan dibenarkan untuk mengguna atau menukar ahli tambahan untuk perlawanan lain mengikut senarai Ahli pasukan yang sudahpun didaftarkan. Jika gagal berbuat demikian, pasukan itu akan hilang kelayakan.

4.0 YURAN

4.1 Bayaran Yuran

  • Pembayaran yuran perlulah dijelaskan selepas selesai pengisian borang pendaftaran online.

  • Amaun bayaran adalah mengikut ketetapan penganjur serta jenis tournament.

4.2 Cara Bayaran

  • Bayaran yuran penyertaan mestilah dilakukan secara bank transfer, bank in atau online transfer ke akaun yang ditetapkan mengikut tournament.

4.3 Bukti pembayaran

  • Resit bayaran perlulah dihantar kepada talian whatsapp yang ditetapkan mengikut tournament. Sila rujuk panduan pembayaran yang ditetapkan.

4.4 Refund

  • Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan selepas proses pengesahan selesai dibuat & nama peserta telah tertera di laman web rasmi kejohanan. Pembayaran balik yuran pendaftaran hanya boleh dipohon sekiranya pembatalan dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pembayaran sahaja atas sebab yang munasabah & dipersetujui oleh pihak penganjur.

5.0 JADUAL

5.1 Waktu Perlawanan

  • Jadual rasmi untuk perlawanan akan diumumkan di Website Kiara E-Sports .

 

5.2 Penjadualan Semula

  • Penukaran waktu perlawanan hanya mampu mengikut situasi yang tidak boleh dielakkan dan perlu disahkan oleh pihak Penganjur.

 

5.3 Sebelum Mula Perlawanan

 

  • Selepas mendaftar, tunggu marshall untuk umumkan perlawanan dan waktu perlawanan tersebut.

  • Setiap ketua pasukan perlu mendapatkan ID pihak lawan dan menambah mereka sebagai kenalan untuk mempercepatkan proses perlawanan.

5.4 Ketika Perlawanan

 

  • Salah seorang kapten pasukan perlu mencipta perlawanan (perlawanan diadakan dalam mod ‘custom’) dan menjemput ketua pasukan lawan masuk ke dalam lobi.

  • Apabila kedua kapten pasukan dalam bilik (room) yang sama, setiap kapten teruskan untuk menjemput ahli pasukan mereka. Apabila kedua pihak sudah dijemput dan bersedia, setelah memberi pengesahan, perlawanan akan dimulakan.

5.5 Akhir Perlawanan

  • Kapten pasukan perlu sediakan tangkapan skrin (screenshot) markah akhir kepada marshall yang bertugas.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Format Umum

  • Bilangan pasukan di dalam setiap bracket yang akan bertanding adalah bergantung kepada bilangan pasukan terkumpul  yang telah berdaftar mengikut ketetapan penganjur.

 

 

6.2 Re-Match

  • Rematch perlawanan hanya dibenarkan atas sebab-sebab tertentu:

  • Kerosakan Teknikal Pemain tidak dapat bergerak 90 saat pertama ketika masuk ke perlawanan (mempunyai video klip sebagai bukti)

  • Bencana Alam yang menjejaskan perlawanan.

6.3 Penyelesaian untuk Kes Extreme

  • Sekiranya berlaku keadaan yang tidak boleh dikawal(melampau), seperti kegagalan rangkaian atau peralatan (termasuk status rangkaian yang menjadikan telefonpintar‘lag’)atau‘Critical bug’ yang mempengaruhi satu atau lebih pemain. Penganjur Tournament akan membuat penghakiman  tentang cara untuk meneruskan perlawanan berdasarkan fakta dan keadaan yang ada pada masa itu.

  • Sekiranya ada keadaan di mana perlawanan tetap diteruskan, walaupun satu atau lebih pemain menghadapi keadaan melampau atau kritikal bug yang   Mungkin mewajarkan ‘remake’ sebuah pertandingan  dan bahkan jika pemainyang terlibat tidak bersalah, Keputusan untuk  meneruskan perlawanan atau‘remake  perlawanan akan di buat berdasarkan beberapa faktor seperti, progress     perlawanan dan samaada  pemain membuat laporan dalam masa  yang ditetapkan.

  • Pemain yang mengemukakan laporan palsu atau mengelirukan akan disingkirkan.

6.4 Pecahan Format Pertandingan

Pra Kelayakan (DALAM TALIAN)

  • 8 bracket, 32 Pasukan/bracket. ‘Single Elimination’ (Best of 1)

  • 2 Teratas dari setiap bracket mara ke Zon Final. 16 Teratas

Zon Kelayakan (LIVE)

  • ‘Single Elimination (Best of 3)

Grand Final

  • ‘Single Elimination’ (Best of 5)

  • Mod ‘Custom’ (‘draft pick’ - 4 ‘ban’)

  • Setiap ahli pasukan perlu menggunakan akaun sendiri untuk menyertai.

  • Tiada had untuk ‘level’, hero dan ‘skin’ digunakan oleh akaun tersebut.

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Pemberian Hadiah

 

  • Kesemua hadiah wang akan dibayar dalam masa 90 hari selepas Perlawanan akhir selesai.

  • Jika terdapat informasi yang tidak mencukupi bagi Pasukan atau pemain dan sekiranya tiada usaha untuk memperbetulkan, Hadiah wang tersebut tidak akan dikeluarkan selagi tidak di perbetulkan.

 

7.2 Pembahagian Hadiah

  1. Juara – RM 700        

  2. Tempat Kedua – RM 500  

  3. Tempat Ketiga – RM 300

 

7.3 Penarikan hadiah

  • Jika hadiah wang untuk pertandingan masih lagi tidak dibayar, Pihak penganjur berhak untuk membatalkan wang hadiah tersebut jika mana-mana Pasukan telah melanggar peraturan yang telah dinyatakan di dalam buku peraturan ini.

 

 

8.0 NOTIS PENTING

  1. Setiap pemain perlu bersedia dengan data internet masing-masing.Sambungan internet tidak akan disediakan oleh pihak penganjur atas sebab kejohanan ini akan berlangsung secara ATAS TALIAN di setiap perlawanan.

  2. Setiap pemain perlu mengaku kalah ketika ‘lag’. Setiap pemain disarankan untuk memeriksa sambungan internet dan data sebelum perlawanan dimulakan.

  3. Pasukan yang tidak hadir atau ketua pasukan yang gagal untuk melapor diri kepada penganjur atau marshall dalam waktu yang dinyatakan akan hilang kelayakan secara automatic termasuklah kelewatan hadir bagi waktu dan jadual perlawanan.

  4. Profaniti, penderaan lisan dan sebarang bentuk gangguan yang disengajakan adalah dilarang sama sekali dan akan menyebabkan hilangnya kelayakan jika ditangkap.

  5. Penggunaan peranti selain telefon pintar, aplikasi ‘third party’ adalah dilarang sama sekali. Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan tersebut akan Disingkirkan serta merta Tournament dan dilarang menyertai mana-mana Tournament di bawah seliaan Kiara E-Sports Malaysia.

  6. Semua peserta diwajibkan like & share Instagram & Facebook Kiara E-sports sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur.

  7. Peringatan pertandingan akan diumumkan 3 hari sebelum tarikh pertandingan. 

  8. Pihak penganjur berhak meminda semua yang berkaitan pertandingan.

  9. ​Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

  10. ​Jadual perlawanan akan sentiasa dikemaskini dan dipaparkan di laman web ini.

  11. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada ketua skuad di dalam Whatsapp group yang diwujudkan beberapa hari sebelum pertandingan bermula

  12. Pemain mestilah menggunakan nama pemain yang didaftarkan sahaja. Pemain boleh di lucutkan penyertaan atau kemenangan sekiranya menggunakan nama orang lain. Tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur.

  13. Pendaftaran selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.

 

WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page