top of page
Search

KELAB E-SUKAN TERBESAR DI MALAYSIA

kiaraesports

Updated: May 4, 2021

KUALA LUMPUR – Sukan elektronik ( e-sukan ) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan elektronik terdapat di dalam kehidupan seharian . Dalam era globalisasi ini, sebahagian besar masyarakat kerap melibatkan diri dalam bidang E-Sport yang serba mudah, canggih serta efisien. Tambahan lagi, ramai golongan remaja yang menceburi bidang E-Sport ini dapat meraih sumber pendapatan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu setahun !


Salah satu badan organisasi yang membawa nama ‘ Kiara Esport ‘ kini tular di media sosial dan sering menjadi bualan peminat esukan di Malaysia. Penubuhannya bermula pada Ogos 2020 dan terus bergiat aktif menganjurkan pertandingan dan membina Kiara Family. Kini, pada awal tahun 2021 , Kiara Esport telah berjaya membina dan meluaskan empayar dalam bidang E-Sport dan menjadi kelab E-Sukan yang terbesar di Malaysia dengan meraih sebanyak 150 lineup bagi permainan PUBG Mobile serta 15 pasukan untuk permainan Mobile Legends . Dalam masa yang sama, ahli-ahli yang membawa nama Kiara Esports ini menunjukkan prestasi yang baik dan memuaskan dari segi disiplin, dedikasi dan juga semangat kesukanan. Tidak lupa juga Kiara Esports setiap minggu akan menganjurkan ‘ scrim’ dan ‘custom’ untuk pemain melatih diri dan tingkatkan kemahiran berinteraksi dengan ahli sepasukan. Kiara Esport tidak menafikan dan memberikan perhatian juga bahawa terdapatnya golongan ‘ introvert ‘ dimana mereka tidak gemar bergaul dengan orang mahupun berinteraksi. Oleh itu, dengan menjadi ahli Kiara Esports, kami dapat membantu menyelesaikan masalah ini dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dengan kewujudan ‘ scrim ‘ dimana interaksi antara satu sama lain merupakan aspek terpenting. Tujuan utama kelab Kiara Esports adalah untuk mewujudkan Keluarga Esports yang terbesar di Malaysia dan melahirkan pemain Esport yang berkompeten di pentas dunia.


Hari demi hari, Kelab Kiara Esport berkembang dengan pesatnya seperti ‘ cendawan tumbuh selepas hujan ‘ dan makin dikenali oleh rata rata rakyat Malaysia. Menurut Pegawai Strategi dan Perancangan Kiara Esports, Kiara Esports akan menceburi permainan -permainan lain selain PUBG MOBILE dan Mobile Legends. Oleh itu, bagi mengekalkan prestasi sebagai Kelab E-Sukan terbesar di Malaysia , Kiara Esports membuka keahlian kepada rata rata rakyat Malaysia. Bagi mereka yang berminat, boleh terus whatsapp ke 017-698 6915 untuk mendapatkan borang keahlian .



34 views0 comments

Comments


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page