top of page
Search

PIHAK SEKOLAH SOKONG PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET MUDA E-SUKAN OLEH KIARA ESPORTS

  • kiaraesports
  • May 4, 2021
  • 1 min read

Updated: May 9, 2021

KUALA LUMPUR – Kemunculan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia tidak menjejaskan perkembangan industri e-sukan. Perkembangan ini juga sangat wajar kerana e-sukan mampu dilaksanakan dengan cara yang sedikit berbeza berbanding sukan yang lain. Pelaksanaan e-sukan ini boleh dilakukan dengan cara atas talian jika dibandingkan dengan sukan lain yang memerlukan sentuhan fizikal dimana pada waktu ini kita terbatas dengan aktiviti fizikal.


Perkembangan dalam industri e-sukan yang mampu menarik minat generasi muda ini pun tidak dibiarkan pihak pengurusan Kiara Esports apabila kelab e-sukan terbesar itu terus mengambil peluang untuk melaksanakan program pembangunan atlet muda yang mensasarkan pelajar-pelajar sekolah bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat dan potensi mereka sejak dari umur yang sangat muda. Ini memberikan ruang kepada pihak sekolah untuk memberikan sokongan kepada pelaksanaan program pembangunan e-sukan terhadap pelajar mereka. Beberapa sekolah telah dipilih dan bersetuju menjadi sekolah angkat Kiara Esports. Dengan hasil positif sebegini, pengurus Kiara mendedahkan bahawa mereka sangat senang hati kerana tujuan mereka diterima baik dan dapat terlaksana sekaligus dapat memperbesarkan peranan Kiara Esports sendiri dalam membangunkan industri e-sukan.


Bukan itu sahaja, Kiara Esports kini telah mengasakan Kiara Borneo serta Kiara Family bagi mewujudkan keluarga e-sukan yang berpaksikan satu maklamat dan satu minat. Program membuka keahlian mereka untuk generasi muda tanah air menyertai keluarga kelab e-sukan terbesar tanah air ini. Dengan cara terus whatsapp ke nombor 017-6986915 bagi keahlian Kiara Family manakala nombor 011-63368944 adalah untuk mendaftar keahlian bagi Kiara Borneo. Kedua-dua keahlian baharu ini juga menawarkan kelebihan yang sama jadi semua pemain yang mendaftar akan merasai nikmat yang sama ketika menjadi ahli baru keluarga Kiara Esports Malaysia.



 
 
 

Comments


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page