KUALA LUMPUR – Penubuhan Kiara Esports Malaysia nampaknya tidak cukup untuk memuaskan kelab e-sukan terbesar itu apabila pada hari ini, Kiara Esports mengumumkan satu lagi organisasi yang diberi nama Kiara Borneo untuk terus membawa nama besar Kiara Esports Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Penubuhan Kiara Borneo itu juga terlihat seperti salah satu usaha untuk memberikan peluang yang sama rata kepada penggemar e-sukan yang tinggal di Wilayah Sabah dan Sarawak. Tidak dilupakan juga bahawa cara sebegini mampu untuk mempromosikan jenama Kiara Esports kepada kerajaan agar menyedari bahawa ada satu kumpulan e-sukan yang sedang membina nama dari akar umbi.
“Penubuhan Kiara Borneo ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kiara Esports dalam memperkukuhkan posisi kami di dalam industri e-sukan tempatan”. Itulah ungkapan yang dikongsikan oleh pihak pengurusan Kiara di dalam sesi temubual kami sebaik sahaja beliau merasmikan penubuhan Kiara Borneo. Tambahan pula, penyertaan untuk menyertai Kiara Borneo nampak seperti akan menunjukkan hasil positif, ulas beliau lagi. Sebelum perancangan Kiara Borneo ini, pihak Kiara Esports sepertinya sudah lama mengenalpasti potensi untuk melebarkan lagi empayar mereka. Sebelum ini, terdapat hampir 300 ahli dari Sabah dan Sarawak yang berdaftar sebagai ahli Kiara Family. Justeru, bagi pihak Kiara inilah masa yang sesuai bagi mereka mengatur langkah seterusnya dalam memastikan segala perancangan jangka panjang mereka tidak terkubur di atas kertas sahaja.
Maka dengan itu, pihak pengurusan Kiara Esports juga menjemput para pemain PUBG Mobile yang berminat dalam menjadi keluarga baharu Kiara Borneo untuk terus whatsapp ke nombor 011- 63368944 untuk mendapatkan borang keahlian. Pelbagai kelebihan yang bakal diterima pemain seperti menjadi pemain utama dalam line up Kiara Borneo, akses ke Kiara Mansion, menyertai Kiara Family Scrim League, penajaan dari Kiara Esports dan pelbagai lagi. Pihak pengurusan turut menambah bahawa beliau tidak sabar untuk menyambut penyertaan ahli baharu dari Kiara Borneo.

Comments