top of page
Search

ROMBAKAN OFFICIAL LINE UP KIARA TINGKATKAN KUALITI PASUKAN

kiaraesports

KUALA LUMPUR – Untuk meraih kejayaan di dalam industri sukan mahupun e-sukan, kualiti pasukan adalah salah satu faktor utama yang dapat menyumbang penuh kepada kejayaan tersebut. Faktor ini pula dipengaruhi oleh setiap individu di dalam sesebuah pasukan melalui kontribusi mereka dalam menjaga disiplin dan mutu permainan mereka. Sekiranya sesebuah pasukan menyimpan pemain-pemain yang tiada motivasi diri untuk terus berdisiplin dan tidak mempunyai attitude yang baik, bagaimana mereka mahu mendapatkan hasil permainan yang berkualiti justeru mampu untuk menyumbangkan kembali piala atau pingat kepada pasukan mereka? Dengan itu, pengurus pasukan Kiara Esports mengambil inisiatif untuk merombak balik barisan utama pasukan mereka agar kualiti pasukan utama Kiara Esports mampu menjadi contoh kepada pasukan-pasukan yang lain.


Di dalam sesi temubual, pengurus pasukan Kiara Esports mendedahkan bahawa rombakan semula pemain terpaksa dilakukan oleh kerana disiplin pemain yang merosot serta mutu permainan pasukan yang tidak konsisten akan mencemarkan imej dan potensi Kiara di dalam industri. Hal ini bertambah buruk lagi apabila pasukan utama Kiara gagal untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan serta pelbagai isu yang timbul dimana menggugat lagi imej kelab Kiara Esports. “Pemain-pemain utama tersebut sebenarnya berbakat besar dan berpotensi untuk berjaya. Akan tetapi, dengan ketiadaan disiplin dalam diri serta tidak bermotivasi tinggi untuk berjaya adalah faktor mereka terpaksa digugurkan dari pasukan utama” ulas beliau. Pengurus pasukan itu juga turut merasakan bahawa pemain-pemain terlalu merasakan bahawa diri mereka selesa ketika berada di pasukan utama, jadi mereka tidak risau dengan hal-hal yang lain.


Sekiranya para penggemar e-sukan di luar sana mempunyai minat atau mungkin menepati syarat untuk masuk ke line-up utama, Kiara Esports dan Kiara Borneo telah membuka keahlian mereka untuk generasi muda tanah air menyertai keluarga kelab e-sukan terbesar tanah air ini. Dengan cara terus whatsapp ke nombor 017-6986915 bagi keahlian Kiara Esports manakala nombor 011-63368944 adalah untuk mendaftar keahlian bagi Kiara Borneo. Kedua-dua keahlian baharu ini juga menawarkan kelebihan yang sama jadi semua pemain yang mendaftar akan merasai kelebihan yang sama ketika menjadi ahli baru keluarga Kiara Esports Malaysia.



12 views0 comments

Comments


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page