top of page
Search

Kemunculan KIARA ESPORTS MALAYSIA

kiaraesports

Updated: Mar 18, 2021

Kiara E-sport merupakan satu NGO badan bukan kerajaan yang berpusat di Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan Kiara Esport adalah untuk memperkenal E-sukan di samping membantu perkembangan E-sukan di Malaysia. Hal ini adalah bertepatan dengan peredaran zaman yang mana sukan ini telah semakin menjadi satu dalam dunia sukan di peringkat antarabangsa.Kiara E-sport ini didukung oleh penaja utama iaitu Incheon Kitchen dan juga beberapa penaja bersama.


Kiara Esport mula beroperasi pada 1 Ogos 2020 yang mana ia bermula dengan kewujudan media sosial dan juga laman sesawang. Media sosial tersebut adalah page Facebook Kiara Esport dan juga akaun Instagram Kiara Esport. Kiara Esport menjadikan laman web rasminya untuk menjadi satu medium bagi para pemain dan juga orang ramai mengakses maklumat .


Kiara Esport kini muncul dalam dunia E-sukan dengan mempunyai misi yang agak berbeza berbanding NGO lain. Misi Kiara E-sport adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja terhadap arena E-sukan di samping mendorong penglibatan mereka dalam arena E-sukan. Penubuhan Kiara E-sport ini juga bertepatan dengan misi Kementerian Belia dan Sukan dalam menaikkan E-sukan ini dalam kalangan belia di Malaysia.



Kemunculan Kiara Esport ini disertakan dengan satu Pertandingan yang bernama Titanium Challenge yang dibuka penyertaan kepada rakyat satu Malaysia. Kemunculan Kiara Esport pada peringkat awal ini dilihat mendapat sambutan yang tidak disangka apabila ia telah manjadi satu platform kepada rakyat seluruh Malaysia bagi melibatkan diri mereka dalam arena sukan secara dalam talian sahaja. Kiara Esport kini mempunyai banyak pertandingan dan program susulan yang telah dirangka bagi merealisasikan misi dan objektif dalam semaksima mungkin.






204 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page