KUALA LUMPUR – Adalah amat jarang berlaku dalam dunia esports tempatan apabila pasukan atau sesebuah kelab sukan menyumbang sejumlah wang kepada individu yang kurang bernasib baik. Dalam satu temuramah bersama Pengurus Hubungan Korporat Kiara Esports Malaysia, beliau menyatakan bahawa sumbangan ini merupakan hasil dari sokongan para player esports yang menyertai pelbagai tournament anjuran Kiara Esports Malaysia sepanjang penubuhan Kiara Esports.
Untuk pengetahuan semua, Kiara Esports Malaysia telah menganjurkan tujuh (7) tournament berskala besar yang disertai oleh pemain-pemain game di seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pihak Kiara Esports Malaysia juga sedang menyediakan satu lagi tournament yang berkonsepkan amal iaitu MLBB Charity Shield yang akan berlangsung pada 1-10 April 2021. Semua yuran pendaftaran yang dikenakan kepada peserta akan disumbangkan kepada anak-anak Sindrom Down dan juga individu yang kurang berkemampuan pada bulan Ramadhan ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak Kiara berkata ini adalah salah satu cara berkongsi rezeki dan mengembalikan semula apa yang diperoleh kepada golongan yang memerlukan. Dalam hidup bermasyarakat, dan dalam keadaan para gamers di Malaysia dikecam oleh ibu bapa, rakan-rakan serta orang awam, Kiara Esports Malaysia tampil menjadi contoh terbaik dalam menaikkan imej serta nama baik gamers menerusi sumbangan kepada masyarakat.
Sekiranya anda pemain MLBB dan ingin menyokong usaha ini dengan cara bermain sambil menderma, anda boleh lakukannya dengan cara mendaftar tournament ini dengan menghubungi talian whatsapp 017-698 6915 bagi pendaftaran segera. Bersama kita meningkatkan amal menerusi e-sukan.
![](https://static.wixstatic.com/media/448f25_f61e41d2b9944a5598d7131b60c63d9f~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_980,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/448f25_f61e41d2b9944a5598d7131b60c63d9f~mv2.jpg)
Comments