top of page
Search

KONSEP TOURNAMENT PUBG PALING UNIK DI MALAYSIA

kiaraesports

KUALA LUMPUR – Watak Joker yang sinonim dengan karakter yang menyeramkan telah diangkat oleh pihak pengurusan kreatif Kiara Esports Malaysia sebagai satu konsep penganjuran kejohanan e-sukan bagi tournament PUBG Mobile Jokerfest Malaysian Open 2021. Dengan tema, pejuang sejati takkan mati, Konsep tournament PUBG paling seram di Malaysia ini masih menimbulkan tanda tanya tentang cara pelaksanaan tournament ini berlangsung. Pelbagai spekulasi yang dicipta oleh pelbagai pihak namun pihak pengurusan Kiara masih merahsiakan perkara ini. Masyarakat Malaysia yang sukakan elemen mistik pastinya akan menanti cara tournament ini dilangsungkan dan merasai pengalaman baharu dalam tournament PUBG Mobile yan pastinya mencipta satu kelainan.


Eksekutif Jabatan Kreatif Kiara berkata “Kami cuba membawa sesuatu kelainan dalam penganjuran kejohanan esukan kami. Jokerfest merupakan salah satu eksperimen kami dalam memberikan nafas baharu dalam dunia e-sukan di Malaysia.” Jokerfest 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 17-28 Mei 2021 dijangka menerima jumlah pendaftaran yang lebih banyak. Timbalan Pendaftar bagi Kiara Esports juga telah menyatakan bahawa jumlah penyertaan semakin meningkat selepas pendaftaran mula dibuka beberapa hari lalu. Adalah satu kerugian bagi para pemain PUBG Mobile di Malaysia jika tidak menyertai tournament berkonsep yang unik seperti ini.


Peserta yang ingin mendaftar tournament PUBG Mobile Jokerfest 2021 ini boleh terus whatsapp ke 017-698 6915 bagi pendaftaran segera. Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 14 Mei 2021 atau sehingga slot penuh. Dengan yuran pendaftaran hanya RM30 bagi satu pasukan, pastinya ia satu pengalaman dan pengembaraan yang berbaloi bagi semua player PUBG di Malaysia.



72 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page