top of page
Search

Titanium Challenge 2020 : Kiara E-Sports mula langkah gerak industri e-sports Malaysia

kiaraesports

Kuala Lumpur - Dengan sambutan yang sangat menggalakkan, team penganjur Kiara E-Sports telah berjaya mengumpulkan sejumlah pemain PUBG di seluruh Malaysia untuk menyertai kejohanan terbuka pertama anjuran mereka. Seramai hampir 120 peserta kategori solo serta 125 pasukan dari seluruh pelusuk tanah air telah mengesahkan penyertaan mereka bagi kejohanan PUBG Mobile Titanium Challenge Malaysian Open 2020 yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 18 hingga 20 September ini. Para pemain PUBG Mobile dari setiap lapisan umur dilihat mengambil peluang untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.


Menurut pegawai eksekutif dari Kiara E-sports, penyertaan yang menggalakkan ini merupakan satu gambaran bahawa Kiara E-Sports telah berjaya meletakkan jenama mereka dalam radar pemain e-sukan tempatan. Melihat kepada kejayaan penyertaan yang amat memberangsangkan bagi kejohanan kali ini, Kiara E-Sports juga telah melancarkan satu lagi kejohanan besar yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM10,000. Kejohanan tersebut merupakan kerjasama antara Kiara E-Sports dan juga beberapa penaja utama mereka bagi menyediakan platform terbaik kepada para pemain e-sukan tempatan untuk bersaing secara kompetitif. Kejohanan yang dinamakan PUBG Mobile Incheon Cup Malaysian Open 2020 ini dijangka akan lebih meriah dengan sambutan yang diterima kini juga amat menggalakkan. Justeru, para pemain PUBG di seluruh Malaysia digesa mengambil peluang untuk menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada bulan November nanti. Pendaftaran kejohanan ini juga telah dibuka sejak beberapa hari lalu.


Selain daripada itu, pihak pengurusan Kiara E-Sports juga bercadang untuk memberi bantuan penajaan kepada pemain-pemain PUBG di seluruh Malaysia yang berkebolehan tinggi untuk dibawa ke peringkat antarabangsa. Kiara E-Sports mahu dilihat bukan sahaja sebagai penganjur kejohanan E-Sports malah mereka juga mahu membantu memberi ruang dan peluang kepada para gamers muda di ceruk kampung mahupun di kawasan bandar untuk sama-sama mengasah bakat mereka agar menjadi atlit e-sukan yang kompeten.


172 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


WHAT'S UP?
LAST EVENT
CONTACT

CURRENT PROJECT

 

Projek motivasi dan pendedahan E-Sports di kampung-kampung di Negeri Melaka

 

1

DUNIA GAMING

 

Rakaman dokumentari pendek bertajuk "Dunia Gaming" bersama pelajar-pelajar univeristi tempatan.

Kiara E-Sports

Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Email: kiaraesports@gmail.com

21

A NEW BEGINNING

 

Kiara E-Sports has officially launched its own initiatives in developing and training new young gamers to compete in world stage.

  • w-facebook
  • Instagram

© 2021 KIARA E-SPORTS

bottom of page